-sAbArLaH-
Kita berpisah hanya sementara,
Kerana pertemuan bukan milik kita,
Jasad dan suara berjauhan sentiasa,
Namun itulah cinta abadi.
Biar terpisah selalu menderita,
Kerana syurga menagih ujian,
Sedang neraka dipagari oleh nikmat,
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah.
Bicara kita adalah bicara sufi,
Tanpa suara dan kata-kata,
Kerana penghubung kita adalah suara hati,
Bertemu dan berpisah kerana Allah swt...
Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.
BalasHapus